Maklumat Penanaman Petunia Dreams

Petunia Dreams
Petunia X hybrida


Percambahan

  • Jangkamasa kemunculan radikel (3.5 hari)
  • Suhu tanah 75 - 78°F (24 - 26°C)
  • Pastikan media adalah sederhana lembap. Jangan terlalu tepu!
  • Jangan tutup atau tanamkan biji benih
  • Cahaya pada kadar 150 - 400 f.c. mungkin adalah perlu bagi mengelakkan anak benih yang kelihatan berair dan ianya juga meningkatkan kadar percambahan
  • Kekalkan pH tanah pada 5.5 - 5.8 dan kandungan larutan garam (EC) yang kurang dari 0.75 mmhos/cm (ekstrak 2:1)
  • Percambahan bagi sesetengah variasi mungkin boleh ditingkatkan dengan aplikasi 25 - 50 ppm N potasium nitrat selepas semaian



Penghasilan Anak Benih

Peringkat 1 - Kemunculan radikel (3 - 5 hari)

  • Kekalkan suhu tanah di antara 75 - 78°F (24 - 26°C)
  • Pastikan media adalah sederhana lembap. Jangan terlalu tepu!
  • Jangan tutup atau tanamkan biji benih
  • Cahaya pada kadar 150 - 400 f.c. mungkin adalah perlu bagi mengelakkan anak benih yang kelihatan berair dan ianya juga meningkatkan kadar percambahan
  • Kekalkan pH tanah pada 5.5 - 5.8 dan kandungan larutan garam (EC) yang kurang dari 0.75 mmhos/cm (ekstrak 2:1)
  • Percambahan bagi sesetengah variasi mungkin boleh ditingkatkan dengan aplikasi 25 - 50 ppm N potasium nitrat selepas semaian


Peringkat 2
- Perkembangan batang dan kotiledon (7 - 10 hari)

  • Kekalkan suhu tanah di antara 68 - 75°F (20 - 22°C)
  • Kurangkan kadar kelembapan sebaik sahaja radikel muncul. Biarkan tanah kering sedikit di antara penyiraman untuk memastikan percambahan yang paling baik
  • Berikan cahaya bantuan dari HIDs pada kadar 450 - 700 f.c. untuk 2 - 3 minggu selepas perkembangan kotiledon untuk 14 - 18 jam setiap hari. Ini akan menggalakkan pembungaan awal dan seragam.
  • Kekalkan pH tanah pada 5.5 - 5.8 dan kandungan larutan garam (EC) yang kurang dari 1.5 mmhos/cm
  • Pastikan kadar ammonium adalah kurang dari 10 ppm
  • Mula membubuh baja pada kadar 50 - 75 ppm N dari 14-0-14 atau baja berdasarkan kalsium / potasium nitrat sebaik sahaja kotildeon berkembang penuh
  • Selangkan pembajaan dengan penyiraman bagi mengawal ketinggian tanaman
  • Letakkan fungisid untuk sebagai perlindungan dari Thielaviopsis dan Phytium sebaik sahaja tanaman menegak sepenuhnya
  • Gunakan rendaman fungisid bagi kawalan yang terbaik


Peringkat 3 - Pertumbuhan dan perkembangan daun sebenar (14 - 21 hari)

  • Kekalkan suhu tanah di antara 65 - 70°F (18 - 21°C)
  • Biarkan tanah mengering dengan sepenuhnya di antara penyiraman tetapi elakkan tanaman dari menjadi layu bagi membolehkan pengakaran dan pengawalan pertumbuhan pucuk
  • Cahaya bantuan dari HIDs pada kadar 450 - 700 f.c. untuk 2 - 3 minggu selepas perkembangan kotiledon untuk 14 - 18 jam setiap hari mungkin akan membantu pertumbuhan
  • Kekalkan pH tanah pada 5.5 - 5.8 dan kandungan larutan garam (EC) yang kurang dari 1.5 mmhos/cm
  • Tingkatkan baja ke 100 - 150 ppm N dari 20-10-20 dan selangkan dengan 14-0-14 atau baja kalsium / potasium nitrat yang lain
  • Selangkan pembajaan dengan penyiraman bagi mengawal ketinggian tanaman
  • Gunakan DIF jika boleh, khususnya untuk 2 jam selepas matahari terbit
  • B-Nine, A-Rest dan Bonzi boleh digunakan pada Petunia


Peringkat 4
- Tanaman sedia untuk dipindahkan dan dihantar (7 hari)

  • Kekalkan suhu tanah di antara 60 - 62°F (16 - 17°C) dan tidak kurang dari 59°F (15°C)
  • Pembungaan mungkin akan menjadi lambat jika suhu adalah terlalu rendah untuk masa yang lama, dan jika tanaman tidak mula berbunga
  • Biarkan tanah mengering dengan sepenuhnya di antara penyiraman
  • Kekalkan pH tanah pada 5.5 - 5.8 dan kandungan larutan garam (EC) yang kurang dari 0.75 mmhos/cm
  • Bubuh baja 14-0-14 atau baja yang berdasarkan kalsium / potasium nitrat pada 100 - 150 ppm N jika perlu
  • Penggunaan potasium nitrat telah menunjukkan peningkatan pembungaan bagi Petunia
  • Jangan bubuh baja ammonium nitrat pada suhu ini!
  • Rendaman fungisid tambahan mungkin diperlukan pada peringkat ini



Pertumbuhan Sehingga Dewasa

Suhu
Malam: 60 - 62°F (16 - 18°C)

Siang: 65 - 72°F (18 - 22°C)

Cahaya
Kekalkan kadar cahaya setinggi mungkin - 4,000 - 7,000 f.c. adalah optimum

Media
- Media patut mempunyai pengudaraan yang baik serta mempunyai kapasiti bagi pengeringan dan penyimpanan air
- Gabungan peat, kulit kayu atau perlite adalah yang terbaik
- pH di antara 5.5 - 6.3 dengan kandungan larutan garam yang tinggi adalah perlu

Penyiraman
Petunia amat sensitif terhadap penyiraman keterlaluan. Biarkan media mengering sedikit sebelum menyiram.

Pembajaan
Bubuh baja untuk setiap penyiraman dengan selangan 20-10-20 dan 15-0-15 pada kadar 150-200 ppm

Pengawalan Ketinggian
- Sebaik sahaja akar tumbuh sehingga tepi bekas, tanaman ini boleh dibiarkan layu sedikit sebelum penyiraman supaya ketinggian dapat dikawal
- Ketinggian juga boleh dikawal dengan tidak membubuh baja, terutamanya nitrogen dalam bentuk fosforus dan ammonium
- Petunia memberi respon terhadap suhu berbeza siang / malam (DIF) dan adalah lebih rendah dengan DIF negatif
- Florel akan membolehkan percabangan secara mendatar apabila digunakan sebaik sahaja tanaman telah kukuh
- Petunia akan memberi respon kepada kedua-dua B-Nine dan Bonzi
- Rendaman Bonzi untuk sekali sahaja adalah cukup efektif
- Variasi yang berlainan mungkin akan memberi respon yang berbeza kepada growth regulator



Penjagaan Seterusnya

Suhu
Malam: 60 - 62°F (16 - 18°C)

Siang: 65 - 72°F (18 - 22°C)
Keadaan suhu yang optimum mungkin agak sukar terutamanya jika tanaman berada di luar

Cahaya
Petunia sesuai berada di bawah cahaya matahari penuh. Akan tetapi, teduhan mungkin akan dapat membantu tanaman dalam pek

Penyiraman
Jangan menyiram secara keterlaluan kerana Petunia amat sensitif terhadap air yang terlalu banyak. Akan tetapi, jangan biarkan tanaman terlalu kering juga.

 

Masalah Lazim

Penyakit: Botrytis
Serangga: Aphids, thrips, lalat putih